Assalamualaikum, syukur syukur syukur kepada Allah
SWT sebab telah mengizinkan Zamir untuk meneruskan usaha saya dalam menjalankan
usaha agama dalam berBlogger insya-Allah. Hampir sebulan blog Zamir tidak
berupdate. Betul ke tak bahasa mir ni ?? Hahaha, tidak mengapa kita lupakan.
Pernah dengar perkataan KHILAFAH?? Mesti ramai jugak yang tak tahu kan. Sebab
ramai tahu dengan perkataan KHALIFAH je =) apepun jom kita kenal sedikit intro
mengenai KHILAFAH.
Sejarah Khilafah Uthmaniyah
Bangsa Turki yang
dikenali sebagai Othmani berasal dari bangsa Qayi, salah satu cabang dari
rumpun bangsa Turki Ghazu yang tinggal di wilayah Turkistan. Pada kurun ke 13M
tentera Mongol di bawah pimpinan Gengkhiz Khan dari Mongolia menyerang dan
menakluk negeri Turkistan dan Banjaran Iran. Bangsa Turki termasuk Qayi
berpindah dan dipimpin oleh Sulaiman Syah yang bergabung dengan Jalaluddin
Minkabarti, anak Khawarazmi Syah.
Apabila Jalaluddin tewas berdepan dengan Mongol, Sulaiman Syah
membawa kaumnya menyelamatkan diri ke negeri Turkistan, seterusnya ke
Azerbaijan di sempadan timur Asia Minor. Di situlah mereka menetap memandangkan
sumber air yang banyak dan ladang ternak yang luas terbentang walaupun agak
berbukit. Dalam tempoh yang singkat bangsa ini membiak dan bertambah dari
bilangan ratusan menjadi ribuan.
Apabila bahaya Mongol
mula reda, Sulaiman Syah cuba masuk ke negeri Syam, malangnya beliau mati lemas
di sebatang sungai berhampiran bandar Halab lalu pimpinannya diganti oleh
anaknya Urkhan. Urkhan membawa kaumnya ke Asia Minor mencari tempat yang sesuai
kepada mereka yang semakin berkembang, lalu beliau masuk negeri Saljuk Rom yang
diperintah oleh Sultan Alauddin bin Kaiqabaz. Negeri itu berpusat di Konya di
tengah dataran ini dan amat luas.
Peperangan antara Saljuk Rom dan
Byzantine selalu terjadi dan amat sengit. Urkhan dan penggantinya Urtoghal
menjadi pembantu Sultan melawan kuasa kafir ini.
Anak Urtoghal bernama
Othman seorang pejuang berkuda yang tangkas berperang. Beliau dapat menguasai
dua kubu Byzantine yang kuat iaitu Qarjahisar dan Eskisehir, di samping kawasan
sekitar di tengah Asia Minor. Sultan Alauddin III mengangkatnya secara rasmi
sebagai Amir dengan anugerah bendera putih dan gendang perang.Othman memimpin
askar Turki membuka bumi Byzantine hingga ke Laut Hitam.
Apabila Moghol mengulangi serangan ke atas Asia Minor pada 699 H
bersamaan 1299M diketuai oleh Ghazan Khan, Sultan Alauddin III merasa takut
lalu meminta bantuan Kaisar Rom. Namun Kaisar itu mengambil peluang untuk
membunuhnya. Berikutan itu, Othman mewarisi Kerajaan Saljuk Rom dan bertanggung
jawab melancarkan jihad menentang Byzantine. Beliau dapat mengasak tentera Rom
hingga ke barat Asia Minor. Di situ beliau mendirikan kediaman baru bersama
askarnya sebagai benteng negara berdepan dengan musuh.
Seorang sheikh sufi
bernama Sheikh Odbali mendidik Utsman menjadi seorang mujahid agama. Sheikh itu
mengahwinkan Othman dengan anak perempuannya dan memberi gelaran ‘alghazi’
bermakna Pejuang. Di samping wasiat beliau agar mewakafkan nyawanya untuk
berjihad fi Sabilillah di bumi Rom.
Demikianlah, Othman terus maju hingga sampai ke bandar Bursa di
pantai Laut Murmura. Ramai penduduk Rom yang tinggal di kawasan itu memeluk
Islam dan berhijrah ke dalam wilayah Islam. Kebanyakan zuriat mereka menjawat
jawatan pegawai di dalam pemerintahan negara Islam ini. Sultan Othman wafat
pada 1326 M diganti oleh anaknya, Urkhan(1326-1362M) memerintah negara yang
kuat dan mempunyai struktur pemerintahan yang kukuh. Beliau dapat membuka Bursa
lalu memindahkan pusat kerajaan ke situ. Seterusnya, beliau menguasai Iznik
(1331 M) dan Izmir (1337 M). Apabila wilayah Qura Si menjadi wilayah Othmaniah
(1335-1345M) kebanyakan rumpun bangsa Turki yang menetap di pinggir Asia Minor
berhijrah berduyun-duyun ke dalam Negara Islam ini.
Ia berlaku berikutan
satu fatwa yang dikeluarkan oleh Fuqaha yang menjadi para penasihat para Sultan
dalam urusan perundangan mengatakan bahawa setiap orang yang memeluk Islam
secara automatik menjadi warganegara asli. Hasilnya, kebanyakan bangsa Rom di situ
memeluk Islam dengan pilihan sendiri.
wilayah Islam di zaman kegemilangan islam
Dalam sejarah kaum
muslimin hingga hari ini, pemerintah Islam di bawah institusi Khilafah Islamiah
pernah dipimpin oleh 104 khalifah. Mereka (para khalifah) terdiri dari 5 orang
khalifah dari khulafaur raasyidin, 14 khalifah dari dinasti Umayyah, 18
khalifah dari dinasti 'Abbasiyyah, diikuti dari Bani Buwaih 8 orang khalifah,
dan dari Bani Saljuk 11 orang khalifah. Dari sini pusat pemerintahan
dipindahkan ke kairo, yang dilanjutkan oleh 18 orang khalifah. Setelah itu
khalifah berpindah kepada Bani 'Utsman. Dari Bani ini terdapat 30 orang
khalifah. Umat masih mengetahui nama-nama para khulafaur rasyidin dibandingkan
dengan yang lain. Walaupun mereka juga tidak lupa dengan Khalifah 'Umar bin
'Abd al-'Aziz, Harun al-rasyid, Sultan 'Abdul Majid, serta khalifah-khalifah
yang masyur dikenal dalam sejarah.
Adapun nama-nama para khalifah pada masa khulafaur Rasyidin
sebagai berikut:
1.Abu Bakar ash-Shiddiq ra (tahun 11-13 H/632-634 M)
2.'Umar bin khaththab ra (tahun 13-23 H/634-644 M)
3.'Utsman bin 'Affan ra (tahun 23-35 H/644-656 M)
4.Ali bin Abi Thalib ra (tahun 35-40 H/656-661 M)
5.Al-Hasan bin Ali ra (tahun 40 H/661 M)
Setelah mereka,
khalifah berpindah ke tangan Bani Umayyah yang berlangsung lebih dari 89 tahun.
Khalifah pertama adalah Mu'awiyyah. Sedangkan khalifah terakhir adalah Marwan
bin Muhammad bin Marwan bin Hakam. Masa kekuasaan mereka sebagai berikut:
1.Mu'awiyah bin Abi Sufyan (tahun 40-64 H/661-680 M)
2.Yazid bin Mu'awiyah (tahun 61-64 H/680-683 M)
3.Mu'awiyah bin Yazid (tahun 64-68 H/683-684 M)
4.Marwan bin Hakam (tahun 65-66 H/684-685 M)
5.'Abdul Malik bin Marwan (tahun 66-68 H/685-705 M)
6.Walid bin 'Abdul Malik (tahun 86-97 H/705-715 M)
7.Sulaiman bin 'Abdul Malik (tahun 97-99 H/715-717 M)
8.'Umar bin 'Abdul 'Aziz (tahun 99-102 H/717-720 M)
9.Yazid bin 'Abdul Malik (tahun 102-106 H/720-724 M)
10.Hisyam bin Abdul Malik (tahun 106-126 H/724-743 M)
11.Walid bin Yazid (tahun 126 H/744 M)
12.Yazid bin Walid (tahun 127 H/744 M)
13.Ibrahim bin Walid (tahun 127 H/744 M)
14.Marwan bin Muhammad (tahun 127-133 H/744-750 M)
Setelah mereka,
khalifah berpindah ke tangan 18 khalifah dari dinasti 'Abbasiyyah, diikuti dari
Bani Buwaih 8 orang khalifah, dan dari Bani Saljuk 11 orang khalifah. Masa
kekuasaan mereka sebagai berikut:
I. Dari Bani 'Abbas 1.Abul 'Abbas al-Safaah (tahun 133-137
H/750-754 M)
2.Abu Ja'far al-Mansyur (tahun 137-159 H/754-775 M)
3.Al-Mahdi (tahun 159-169 H/775-785 M)
4.Al-Hadi (tahun 169-170 H/785-786 M)
5.Harun al-Rasyid (tahun 170-194 H/786-809 M)
6.Al-Amiin (tahun 194-198 H/809-813 M)
7.Al-Ma'mun (tahun 198-217 H/813-833 M)
8.Al-Mu'tashim Billah (tahun 218-228 H/833-842 M)
9.Al-Watsiq Billah (tahun 228-232 H/842-847 M)
10.Al-Mutawakil 'Ala al-Allah (tahun 232-247 H/847-861 M)
11.Al-Muntashir Billah (tahun 247-248 H/861-862 M)
12.Al-Musta' in Billah (tahun 248-252 H/862-866 M)
13.Al-Mu'taz Billah (tahun 252-256 H/866-869 M)
14.Al-Muhtadi Billah (tahun 256-257 H/869-870 M)
15.Al-Mu'tamad 'Ala al-Allah (tahun 257-279 H/870-892 M)
16.Al-Mu'tadla Billah (tahun 279-290 H/892-902 M)
17.Al-Muktafi Billah (tahun 290-296 H/902-908 M)
18.Al-Muqtadir Billah (tahun 296-320 H/908-932 M)
II. Dari Bani Buwaih 19.Al-Qahir Billah (tahun 320-323 H/932-934
M)
20.Al-Radli Billah (tahun 323-329 H/934-940 M)
21.Al-Muttaqi Lillah (tahun 329-333 H/940-944 M)
22.Al-Musaktafi al-Allah (tahun 333-335 H/944-946 M)
23.Al-Muthi' Lillah (tahun 335-364 H/946-974 M)
24.Al-Thai'i Lillah (tahun 364-381 H/974-991 M)
25.Al-Qadir Billah (tahun 381-423 H/991-1031 M)
26.Al-Qa'im Bi Amrillah (tahun 423-468 H/1031-1075 M)
III. Dari Bani Saljuk
27. Al Mu'tadi Biamrillah (tahun 468-487 H/1075-1094 M)
28. Al Mustadhhir Billah (tahun 487-512 H/1094-1118 M)
29. Al Mustarsyid Billah (tahun 512-530 H/1118-1135 M)
30. Al-Rasyid Billah (tahun 530-531 H/1135-1136 M)
31. Al Muqtafi Liamrillah (tahun 531-555 H/1136-1160)
32. Al Mustanjid Billah (tahun 555-566 H/1160-1170 M)
33. Al Mustadhi'u Biamrillah (tahun 566-576 H/1170-1180 M)
34. An Naashir Liddiinillah (tahun 576-622 H/1180-1225 M)
35. Adh Dhahir Biamrillah (tahun 622-623 H/1225-1226 M)
36. al Mustanshir Billah (tahun 623-640 H/1226-1242 M)
37. Al Mu'tashim Billah ( tahun 640-656 H/1242-1258 M)
Setelah itu kaum
muslimin hidup selama 3,5 tahun tanpa seorang khalifah pun. Ini terjadi karena
serangan orang-orang Tartar ke negeri-negeri Islam dan pusat kekhalifahan di
Baghdad. Namun demikian, kaum muslimin di Mesir, pada masa dinasti Mamaluk
tidak tinggal diam, dan berusaha mengembalikan kembali kekhilafahan. kemudian
mereka membai'at Al Muntashir dari Bani Abbas. Ia adalah putra Khalifah
al-Abbas al-Dhahir Biamrillah dan saudara laki-laki khalifah Al Mustanshir
Billah, paman dari khalifah Al Mu'tashim Billah. Pusat pemerintahan dipindahkan
lagi ke Mesir. Khalifah yang diangkat dari mereka ada 18 orang yaitu:
1. Al Mustanshir billah II (taun 660-661 H/1261-1262 M)
2. Al Haakim Biamrillah I ( tahun 661-701 H/1262-1302 M)
3. Al Mustakfi Billah I (tahun 701-732 H/1302-1334 M)
4. Al Watsiq Billah I (tahun 732-742 H/1334-1354 M)
5. Al Haakim Biamrillah II (tahun 742-753 H/1343-1354 M)
6. al Mu'tadlid Billah I (tahun 753-763 H/1354-1364 M)
7. Al Mutawakkil 'Alallah I (tahun 763-785 H/1363-1386 M)
8. Al Watsir Billah II (tahun 785-788 H/1386-1389 M)
9. Al Mu'tashim (tahun 788-791 H/1389-1392 M)
10. Al Mutawakkil 'Alallah II (tahun 791-808 H/1392-14-9 M)
11. Al Musta'in Billah (tahun 808-815 H/ 1409-1426 M)
12. Al Mu'tadlid Billah II (tahun 815-845 H/1416-1446 M)
13. Al Mustakfi Billah II (tahun 845-854 H/1446-1455 M)
14. Al Qa'im Biamrillah (tahun 754-859 H/1455-1460 M)
15. Al Mustanjid Billah (tahun 859-884 H/1460-1485 M)
16. Al Mutawakkil 'Alallah (tahun 884-893 H/1485-1494 M)
17. al Mutamasik Billah (tahun 893-914 H/1494-1515 M)
18. Al Mutawakkil 'Alallah OV (tahun 914-918 H/1515-1517 M)
Kekuasaan Khilafah Islamiyah Uthmaniyah (Hijau)
Ketika daulah
Islamiyah Bani Saljuk berakhir di anatolia, Kemudian muncul kekuasaan yang
berasal dari Bani Utsman dengan pemimpinnya "Utsman bin Arthagherl sebagai
khalifah pertama Bani Utsman, dan berakhir pada masa khalifah Bayazid II (918
H/1500 M) yang diganti oleh putranya Sultan Salim I. Kemuadian khalifah dinasti
Abbasiyyah, yakni Al Mutawakkil "alallah diganti oleh Sultan Salim. Ia
berhasil menyelamatkan kunci-kunci al-Haramain al-Syarifah. Dari dinasti
Utsmaniyah ini telah berkuasa sebanyah 30 orang khalifah, yang berlangsung
mulai dari abad keenam belas Masehi. nama-nama mereka adalah sebagai berikut:
1. Salim I (tahun 918-926 H/1517-1520 M)
2. Sulaiman al-Qanuni (tahun 916-974 H/1520-1566 M)
3. salim II (tahun 974-982 H/1566-1574 M)
4. Murad III (tahun 982-1003 H/1574-1595 M)
5. Muhammad III (tahun 1003-1012 H/1595-1603 M)
6. Ahmad I (tahun 1012-1026 H/1603-1617 M)
7. Musthafa I (tahun 1026-1027 H/1617-1618 M)
8. 'Utsman II (tahun 1027-1031 H/1618-1622 M)
9. Musthafa I (tahun 1031-1032 H/1622-1623 M)
10. Murad IV (tahun 1032-1049 H/1623-1640 M)
11. Ibrahim I (tahun 1049-1058 H/1640-1648 M)
12. Mohammad IV (1058-1099 H/1648-1687 M)
13. Sulaiman II (tahun 1099-1102 H/1687-1691M)
14. Ahmad II (tahun 1102-1106 H/1691-1695 M)
15. Musthafa II (tahun 1106-1115 H/1695-1703 M)
16. Ahmad II (tahun 1115-1143 H/1703-1730 M)
17. Mahmud I (tahun 1143-1168/1730- 1754 M)
18. "Utsman IlI (tahun 1168-1171 H/1754-1757 M)
19. Musthafa II (tahun 1171-1187H/1757- 1774 M)
20. 'Abdul Hamid (tahun 1187-1203 H/1774-1789 M)
21. Salim III (tahun 1203-1222 H/1789-1807 M)
22. Musthafa IV (tahun 1222-1223 H/1807-1808 M)
23. Mahmud II (tahun 1223-1255 H/1808-1839 M)
24. 'Abdul Majid I (tahun 1255-1277 H/1839-1861 M)
25. "Abdul 'Aziz I (tahun 1277-1293 H/1861-1876 M)
26. Murad V (tahun 1293-1293 H/1876-1876 M)
27. 'Abdul Hamid II (tahun 1293-1328 H/1876-1909 M)
28. Muhammad Risyad V (tahun 1328-1339 H/1909-1918 M)
29. Muhammad Wahiddin II (tahun 1338-1340 H/1918-1922 M)
30. 'Abdul Majid II (tahun 1340-1342 H/1922-1924 M)