free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Thursday 1 March 2012




Assalamualaikum semua dan slmat mlam. hehehe, mcm nk pegi tido plak. Harini blog zamir ada kemajuan sikit berbanding semalam maklumlah baru belajarkan. Apa pun terima kasih kepada Haikal Sanchez sebab telah banyak beri tunjuk ajar untuk memperbaiki blog ni. Satu hari jugaklah belajar. Ok,kt stop sampai dekat sini. Zamir nak tanya? Adakah harini  hari korang lebih baik daripada semalam? Macam biasalah, cukup sekadar jawab dalam hati.
"TAKWA"
"PERNAH ATAU TIDAK DALAM SEHARI KORANG INGAT MATI???" 


FIRMAN Allah bermaksud: "Wahai orang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam." (Surah Ali Imran, ayat 102)
Ibnu ‘Abbas menyatakan orang bertakwa adalah mereka yang sentiasa mengingati seksaan Allah apabila meninggalkan perintah-Nya, oleh itu mereka akan melaksanakan perintah itu dengan penuh kepatuhan dan mengharapkan keredaan Allah.
Saidina Umar al-Khattab pernah bertanya kepada Ubay bin Ka’ab pengertian takwa. Lantas Ubay mengajukan soalan kepada Umar kembali dengan berkata: Pernahkah tuan melalui jalan penuh berduri? Jawab Umar: Tidak pernah.
Ubay memberikan penjelasan: Sudah tentu kita mengelak daripada terpijak duri apabila kita melalui jalan itu. Begitulah makna takwa, kita mengelakkan diri dari melampaui batasan Allah.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Bertakwalah kamu di mana saja kamu berada, iringilah setiap perbuatan dosa dengan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Tafsiran takwa Saidina Ali Abi Talib ialah takutkan Allah semata-mata, beramal serta beristiqamah dengan segala perintah-Nya, reda dan merasa cukup dengan keadaan sedikit serta bersiap sedia setiap masa menghadapi kematian.
Dapat disimpulkan takwa adalah pemantapan akidah yang ikhlas kepada Allah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menyebut kalimah tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dengan ikhlas, nescaya dia dapat masuk syurga.”
Kemudian Baginda SAW ditanya: “Apa maksud ikhlas itu? Lantas Baginda SAW menjawab: Iaitu kamu memelihara diri kamu daripada melakukan larangan Allah.” (Hadis riwayat Tabarani)
Sifat takwa sering dikaitkan sebagai sifat mukmin berjaya dan berbahagia di akhirat. Keimanan Muslim yang jitu terhadap Allah membentuk peribadi Rabbani dan terpelihara hala tuju hidupnya.
Orang beriman sebenarnya tidak sabar menghuni alam syurga yang penuh kenikmatan. Oleh itu, antara pesanan Rasulullah SAW kepada umatnya dalam menelusuri titian hidup ialah sentiasa mengingati mati.








No comments:

Post a Comment