Assalamualaikum . Hai! Lamanya Zamir tak update blog ni.
Kesian kat blog ni kesunyian sorang-sorang :) Sorry :) Maklumlah pelajar
baharu, banyak sangat aktiviti nak kena follow. Walaupun penat kitorang tetap
enjoy, tapi sampai sekarang belum kenal semua member satu cos lagi. Mana
tidaknye 100 orang lebih :) Tapi takpe, lama-lama kenal la :) 0k, stop sampai
situ jew. Macam biasalah, Zamir kat sini bukannye tempat untuk luah perasaan
tapi untuk kita berkongsi serta ketahui kebesaran Allah SWT. Selalu baca
Al-Quran kan? Tapi korang tahu tak khasiat serta kelebihan-kelebihan
surah-surah yang korang baca? Hari ni Zamir nak kongsi sedikit mengenai
kelebihan surah “Al-Mulk”.
Surah Al
Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat.
Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah
ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.
Surah
Al Mulk adalah surah keamanan dan
keselamatan, kerana ia
akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada
pembacanya.
Surah
Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan
kehidupan seharian.
Ulama berkata: “Sesungguhnya
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah
membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Kelebihan Surah Al
Mulk
Surah ini menyelamatkannya daripada
azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang
membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan
satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya
Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan
setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa
kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan
dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa,
pintar lagi cerdik.
.
.
Fadhilat
Dari Hadis
Terdapat banyak hadis tentang
fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
.
1. Mendapat Syafaat
·
Daripada Abu Hurairah r.a dari
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam
al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi
keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
·
Abu Hurairah meriwayatkan hadis,
katanya: “Sesungguhnya di dalam
Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang
membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta
ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”
·
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah
yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah
itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan
mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”
·
Ulama berkata: ”Sesungguhnya
surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan
bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan
mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”
2.
Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati
para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk
memberi hukuman. Kakinya berkata; “kamu
tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat
dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi
dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari
sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak
dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka,
Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
.
·
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan
pembacanya dari azab kubur.”
·
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam,
diselamatkannya dari azab kubur.”
·
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana
malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk
bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.
·
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda: “Sesungguhnya
di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah
Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam
kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
·
Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas
berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi
amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah
Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala,
terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah
Al Mulk.”
·
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata,
seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau
tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk
sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah
di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar
seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia
daripada siksa kubur.”
(HR At-Tarmizi)
3.
Mendapat Keistimewaan
·
Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada
hari kiamat di atas sayap malaikat serta
wajahnya yang cantik seperti
nabi Yusuf.”
·
Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan.
Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan
juga menjadi hebat pada
pandangan makhluk.”
Khasiat
Ayat Dari Surah Al-Mulk
Ayat dari Surah Al Mulk juga
mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Diantaranya:
.
1.
Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk
Tidakkah Allah yang
menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha
Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan
diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah
hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid,
zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak
bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca
ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat
orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah
meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a.
Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan
diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan
berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.
.
.
2.
Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk
قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ ﴿٢٣
Katakanlah (wahai
Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan
bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi)
amatlah sedikit kamu bersyukur”.
.
- Jika diamalkan ayat ini, iaitu
dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit
giginya.
Terdapat banyak keistimewaan
daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati
bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment