Assalamualaikum semua Zamir ade story nk bagitau nie. Bace2 cepat.
Best3 J Sorry la kalau ade sape2 yg dah tao story ni J tapi cerita dia
memang terbaik J
Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka
mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.
Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.
Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu.
Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.
Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.
Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir
menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.
Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah
saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??
Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang
utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum
kelat.
Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
Teruna : segan cik. Hehe
Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari
Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit
sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa G : boleh takda masalah
Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu
Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari
orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat,
aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah
satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si
teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.
Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu
soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih
kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah
tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita
buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya
da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh sikit-sikit kot
Teruna : kali terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari
datang bulan. Dia tau solat atau tak?
Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat
tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.
Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti
mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa
dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25
ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup
habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi
100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka
memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah
serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si
gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah
adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati
menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada
majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan
dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz
si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.
Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si
suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu
semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri.
Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan
sekali seumur hidup.
Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak
pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya
yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang
memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si
gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan
itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin
ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah
hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu
tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk
meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap
mulut je.
Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang
berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa
perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa
menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan
dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia.
Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina.
Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan,
peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat.
Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu
baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok
dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati
minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik
tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu
bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan
sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang
akan jadi berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da
lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu,
dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika
mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah
kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha
Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah
janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi
untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau
benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah
disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata
bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan
cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.
Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu
tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira
apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap
basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat
Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah sikit.
Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde
walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak
dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian
saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat
tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat
menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung
dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang
camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh
camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah
janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang
membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah,
kita merancang je. Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau
berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa
si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas
memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat
si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke
dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis
yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata
mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si
teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis
juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis
ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama
ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi.
Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,
Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang
baru sahaja diterima daripada si gadis
“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”
“petang ni takde mood nak keluar, Sory.
Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.
Bestkan cerita nie?? J
No comments:
Post a Comment