Assalamualaikum. 22/4/12 4.25 petang panasnya ya
Allah. Mohon kepadamu agar diturunkan hujan pada malam ni ya Allah. Apa sahaja
daripadamu aku bersyukur kerana semua pemberianmu pasti ada hikmahnya. Penat
yang tidak terkata sehinggakan tertidur pada siang hari. Semua yang terjadi semua
atas izin Allah SWT. Zamir nak tanya, dalam sehari berapa kali korang semua
melihat wajah ibu/mak/umi/mama korang?? Macam mana pula dengan ayah/abah/abi/daddy
korang?? Untuk pegetahuan korang semua,ada yang memandang kita 70 kali dalam
sehari. Dialah Izrail malaikat (maut). Subhanallah, zamir betul-betul seram
mendengarnya. Bayangkan, wajah orang yang kita sayang pun kita merenung tidah
lebih dari 50 kali. Inikan dia, malaikat yang bakal mencabut nyawa kita apabila
mendapat arahan daripada Allah. Subhanallah.
MEMANG tiada siapa
pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang
masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.
Allah berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)
Allah berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)
BERSEMADI…alam barzakh menjadi tempat persemadian sebelum
manusia dibangkitkan pada hari akhirat.
SEDIH…kematian adalah dugaan bagi menilai keimanan selepas berpisah dengan insan tersayang.
SEDIH…kematian adalah dugaan bagi menilai keimanan selepas berpisah dengan insan tersayang.
Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta
melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar
hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.
Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak
dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang
dilakukan malaikat Izrail.
Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut
memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail
datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka
berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus
oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan
bergelak ketawa.’”
Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu
lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu
difikirkan dalam hidup.
Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita
untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi
dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?
Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana
perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.
Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda,
sihat, kaya atau miskin.
Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan
ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau
seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.
Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi
kematian.
Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam
keadaan yang amat menyeksakan.
Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan
khusnul khatimah (kebajikan).
Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama:
berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang
hidungnya kembang kempis.
“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak
gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang
menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)
Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau
beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.
Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya
akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.
Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan
kekufuran mereka.
Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang
bermaksud: “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya
dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap
dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”
Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu
dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai
kaffarah dosanya.
Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin
kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya
kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.
Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan
dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila telah sampai
ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam
lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui
kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.
“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.
Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari
perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan
menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan
saat nazak orang itu.”
Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna.
Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang
yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.
Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa
bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan,
diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.
Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi
nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan
yang mereka lakukan selama hidup di dunia.
Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan
kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.
Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.
Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.
Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu
sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.
Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya
kepada malaikat maut.
Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain
menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh
makhluk bernyawa.
Ini keran
a antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.
a antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.
Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak
disenangi keturunan Adam a.s.
Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana
menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup
mereka.
Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa
langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang
sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke
arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain
nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya,
letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan
qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas
perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.
Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan
Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr
Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang
Muslim itu dengan tanda tertentu.
“Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana
terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.
“Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah
untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum
kematiannya,” katanya.
Dr Mahmood Zuhdi berkata tiada siapa pun dapat mengelak daripada
mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.
“Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi
nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.
“Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi
kematian,” katanya.
Beliau berkata bagi mereka yang masih hidup peluang perlu
dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan
kesilapan dan kesalahan.
“Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.
“Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.
“Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah
dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu
Allah,” katanya.
No comments:
Post a Comment