Assalamualaikum,
hujan oh hujan terima kasih sebab turun. Dapat la Zamir hirup suasana segar
lepas hujan. Alhamdulillah, Zamir baru selesai mengisi borang kemasukan bagi
Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Layak kew Zamir jadi cikgu? Habis la budak-budak
hari-hari kena sebat. Hahaha, kawan-kawan dah lunch? Kalau kawan-kawan baca
blog Zamir masa tengah hari, jom kita lunch kan sedikit rohani kita dengan
kisah-kisah para sahabat ataupun kisah teladan dan nasihat. Asiah?? Sapa tidak
kenal dengan Asiah. Seorang isteri yang begitu tabah dengan dugaan hidup. Iaitu
isteri Firaun. Asiah digelar “Ratu Syahadah” dengan sifat keperibadiannya yang
baik lagi terpuji. Kisah Asiah bermula…
Di
negeri Mesir terdapat kerajaan yang diketuai oleh raja yang terakhir bernama
Fir'aun yang terkenal dengan kekejamannya. Setelah kematian isteri, beliau
hidup sendirian. Pada ketika itu ada seorang gadis jelita daripada keturunan
keluarga Imran yang baik-baik dan solehah yang bernama Siti Asiah dan sentiasa
menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian dan
kejelitaannya.
Kisah kejelitaan Siti Asiah sampai ke telinga
Fir'aun. Beliau yang mendengar kejelitaan Asiah ingin sekali menjadikan Asiah
permaisurinya. Maka diutuskan seorang Menteri bernama Haman untuk merisik. Ibu
bapa Asiah bertanya kepada tuan empunya diri tetapi Asiah menolak lamaran
tersebut. Beliau berkata kepada kedua ibu bapanya bahawa Fir'aun adalah seorang
raja yang ingkar kepada Allah SWT dan tidak berperikemanusiaan.
Tidak
lama kemudian Haman, utusan Fir'aun datang kembali untuk bertanyakan tentang
lamaran tersebut. Firaun terlalu marah setelah mendapat tahu yang lamaran
Fir'aun ditolak. Ibu bapa Asiah dihina. Haman kemudian pulang dan memberitahu
kepada Fir'aun akan berita buruk tersebut dan Fir'aun telah menjadi marah dan
memerintahkan supaya kedua ibu bapa Asiah ditangkap. Mereka diseksa dan
dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu Asiah ditangkap dengan menggunakan
kekerasan dan kemudian dibawa ke istana Fir'aun dan bertemu dengannya. Di
hapadapan Fir'aun, Asiah bertemu dengan kedua ibu bapanya di dalam penjara.
Asiah sedih melihat keadaan kedua orang tuanya yang diseksa oleh Fir'aun.
Fir'aun berkata:
"Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu."

Oleh
kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir'aun. Namun
beliau meletakkan beberapa syarat:
1. Fir'aun harus membebaskan kedua ibubapanya.2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas3. Orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.4. Asiah bersedia menjadi isteri Fir'aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir'aun.

Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak
dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya.
Akhirnya Fir'aun bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan memerintahkan supaya Asiah dibebaskan. Kini Asiah hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir'aun di dalam istana yang indah. Namun harta yang melimpah tidak mempengaruhi kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah engkar terhadap perintah agama. Beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Pada malam hari beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah SWT. Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir miskipun suaminya Fir'aun. Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga kehormatannya, Allah SWT menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir'aun.

Fir'aun
sebenarnya mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai dan rapat dengannya
yang bernama Hazaqil. Hazaqil berjaya merahsiakan identitinya yang sebenar.
Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami kepada Siti
Masyithah yang bekerja sebagai juru hias istana yang juga taat dan beriman
kepada Allah SWT.
Pada suatu hari maka terjadilah perdebatan yang
hebat antara Fir'aun dengan Hazaqil di mana Fir'aun menjatuhkan hukuman mati
terhadap ahli sihir yang beriman kepada Nabi Musa AS. Hazaqil menetang keras
hukuman yang dijatuhkan kepada mereka semua kerana mereka semuanya beriman
kepada Allah SWT. Mendengar kata-kata Hazaqil, Fir'aun menjadi marah. Akhirnya
Fir'aun mengetahui yang Hazaqil engkar kepada beliau. Hazaqil kemudiannya
dijatuhkan hukuman mati. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa gentar
demi membela kebenaran. Hazaqil meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya
diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak panah. Isterinya yang
bernama Masyitah sedih sekali di atas kematian suaminya yang tersayang itu.
Beliau sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi tempat mengadu kecuali
kepada 2 orang anaknya yang masih kecil. Pada suatu hari Masyitah mengadu nasib
kepada Asiah mengenai nasib yang menimpa dirinya. Di akhir perbicaraan mereka,
Asiah juga menceritakan keadaan dirinya yang sebenar. Hasil daripada
perbicaraan itu, barulah kedua-duanya mengetahui perkara sebenar bahawa mereka
adalah wanita yang amat beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa AS.
Asiah
binti Mazahim merupakan seorang wanita Mesir yang baik budi pekertinya dan
bijaksana dalam pemikirannya. Oleh kerana dia memiliki kecantikan yang tiada
tolok bandingan, dia dipaksa berkahwin dengan Firaun, raja Mesir yang berkuasa
pada ketika itu.
Pada suatu hari ketika Asiah sedang duduk bersantai bersama dayang-dayang istana, dia terlihat sebuah kotak kayu terapung-apung di tepian sungai yang mengalir merentasi istana Firaun.
Pada suatu hari ketika Asiah sedang duduk bersantai bersama dayang-dayang istana, dia terlihat sebuah kotak kayu terapung-apung di tepian sungai yang mengalir merentasi istana Firaun.
"Ambil kotak itu dan bawa kepada
beta," arah Asiah kepada salah seorang dayang yang berdiri di tepinya.
Dayang
itu berlari pantas ke arah kotak yang sedang terapung-apung di tepian sungai.
Dia mengangkat kotak kayu itu dari permukaan sungai lalu dibawakan kepada
Asiah. Dia berdebar-debar untuk mengetahui isi kandungan kotak kayu itu.
"Comelnya bayi lelaki dalam kotak kayu
ini!," jerit hati Asiah apabila penutup kotak kayu itu terbuka.
Pada
ketika itu, Firaun memerintahkan masyarakatnya membunuh semua bayi lelaki Bani
Israel kerana dia bermimpi bayi tersebut akan menghancurkan dan membinasakan
kerajaan pemerintahan Firaun.
Apabila berita penemuan bayi lelaki itu sampai
ke telinga Firaun, maka dia bergegas ke tempat Asiah dan bayi lelaki itu.
"Pengawal!
Bunuh bayi ini sekarang..." Perintah Firaun kepada pengawal yang
mengiringinya ke kamar Asiah.
"Bukankah kita tidak mempunyai anak lelaki.
Anak lelaki ini dapat kita jadikan anak angkat. Saya merayu supaya bayi ini
tidak dibunuh kerana saya sudah sayang kepadanya.
'Dia
akan memberikan manfaat kepada kita berdua apabila dewasa nanti," Asiah
menghalang niat jahat Firaun dengan kata-kata bijaksananya.
"Baiklah. Saya tidak akan bunuh bayi ini
kerana perasaan cinta saya pada kamu," Firaun akur dengan permintaan
isterinya, lalu keluar dari kamar itu.
Asiah
memberi nama Musa kepada bayi tersebut dan memeliharanya sehingga dewasa di
istana Firaun.
Apabila nabi Musa mula berdakwah menyebarkan
ajaran Allah, maka Asiah terus menjadi salah seorang pengikutnya tanpa
pengetahuan Firaun dan orang sekelilingnya.
Pada suatu hari, Asiah duduk menyisir rambut anak perempuannya di kamar tidur. Tiba-tiba sikat yang digunakan Asiah bagi menyisir rambut anaknya jatuh dengan kehendak Allah.
Pada suatu hari, Asiah duduk menyisir rambut anak perempuannya di kamar tidur. Tiba-tiba sikat yang digunakan Asiah bagi menyisir rambut anaknya jatuh dengan kehendak Allah.
Asiah
yang terkejut dengan kejadian itu terus berkata, "Binasalah Firaun yang
dilaknat Allah dengan izinnya."
"Dengan nama Allah," ucap Asiah tanpa
menyedari anaknya memerhatikan perbuatannya dengan perasaan hairan.
"Ibu,
adakah tuhan lain selain ayah? Adakah ibu sudah menganut agama yang dibawa oleh
Musa? Mengapa ibu sanggup mengikut agama Musa? Bukankah ibu menyelamatkan Musa
sewaktu kecil apabila dia akan dibunuh oleh ayah," anaknya bertanya
pelbagai soalan kepada Asiah dan menanti jawapannya.
"Firaun, ayah kamu adalah manusia biasa
seperti kita semua dan bukan tuhan. Tuhan sebenar adalah Allah, tuhan semesta
alam!" jawab Asiah tanpa perasaan takut dan gentar.
"Biar
saya adukan perkara ini kepada ayah!," balas anaknya, lalu dia lari keluar
dari bilik itu dan pergi mengadu kepada Firaun.
Firaun yang mendengar aduan anaknya berasa
sangat marah dengan Asiah. Dia tidak menyangka Asiah sudah mengikut ajaran
Allah walaupun dia melarang sesiapa sahaja di Negara Mesir mengikuti ajaran
Allah.
Orang
yang mengingkari larangan itu akan dijatuhkan hukuman berat jika diketahui oleh
Firaun. Kini isterinya sudah mengikut ajaran Allah, maka dia harus berbuat
sesuatu supaya isterinya keluar dari agama Allah.
"Dengarlah nasihat saya, wahai Asiah yang
amat saya cintai dan sayangi.
"Keluarlah
dari agama yang dibawa oleh Musa. Saya akan berikan segala harta dan istana di
Mesir sebagai hadiah," Firaun cuba berlembut dan memujuk Asiah dengan
kata-kata manisnya.
"Saya tidak akan sekali-kali keluar dari
agama ajaran Musa yang benar dan suci. Nanti saya akan dimurkai oleh Allah,
tuhan yang mencipta saya.
"Jika saya tetap dalam agama ini, saya percaya Allah akan memberikan syurga yang lebih baik dari harta dan istana kamu," tegas Asiah yang tenang dan berani bertentang mata dengan Firaun yang menyala dengan api kemarahan.

Usaha
Firaun memujuk isterinya menemui jalan buntu. Dia tidak mahu menghukum Asiah
kerana perasaan kasih sayang dan cinta yang mendalam terhadap isterinya. Dia
cuba memikirkan cara lain bagi melembutkan hati Asiah supaya dia tidak beriman
dengan ajaran nabi Musa.
Namun, semua ikhtiarnya gagal dan tidak menemui
jalan penyelesaian. Firaun termenung. Wajahnya terbayang seribu kekecewaan
kerana gagal memujuk Asiah. Akhirnya, dia mengambil keputusan menggunakan
kekerasan kepada Asiah supaya dia berpaling dari agama Musa.
"Pengawal,
tangkap Asiah dan bawa dia berjumpa beta sekarang!," perintah Firaun
dengan nada keras.
"Oleh kerana kamu masih berdegil mahu mengikuti
ajaran agama Musa, beta jatuhkan hukuman berat ke atas kamu," kata Firaun
lagi.
"Pengawal, bawa perempuan ini ke tanah tinggi dan ikatkan pada empat batang kayu. Pakukan empat kayu itu ke bumi dengan menelentangkan badan perempuan ini menghadap langit.
"Pengawal, bawa perempuan ini ke tanah tinggi dan ikatkan pada empat batang kayu. Pakukan empat kayu itu ke bumi dengan menelentangkan badan perempuan ini menghadap langit.
"Biarkan
bahang matahari yang panas, dan sejuk malam menyeksanya," Firaun meminta
para pengawalnya menjalankan hukuman ke atas Asiah dengan segera.
"Allah! Allah! Allah!," mulut Asiah
tidak henti-henti menyebut kalimat Allah sepanjang hukuman itu dijalankan.
"Ya
Allah! Saya mohon supaya dilindungi dari bencana Firaun dan dianugerahkan
sebuah rumah di syurga," doa Asiah yang terseksa dengan pancaran matahari
yang sangat panas dan terik.
Akhirnya Asiah dapat melihat rumahnya di syurga
dengan kehendak Allah yang membuka hijabnya. Hatinya sangat gembira sehingga
lupa pada penderitaan dan kesakitan yang sedang diharunginya.
Selepas
beberapa lama tempoh penyeksaan itu berlalu, Asiah akhirnya menghembuskan
nafasnya yang terakhir dengan kalimat Allah di mulutnya.
Begitulah kisah wanita yang berhati waja. Dia
tetap dalam keimanannya kepada Allah walaupun diseksa sehingga mati tanpa belas
kasihan.
Wa'llahualam..
No comments:
Post a Comment