Penatnye
hari ni. Mana taknya,keluar jalan-jalan tiga hari tanpa henti. KLIA,Sunway,PJ
Street. Penat. Ni baru ajelah tenang sikit bila sampai kat rumah balik. Panas
betul la cuaca di luar sana. Satu hari hujan semalam, hari ni terik pulak
menimpa. Macam mana cuaca itu sekali pun, jangan lupa ucapkan
kerana dialah yang mengatur segala urusan
kita di dunia dan di akhirat. Insya-Allah.
Apa khabar cuaca hati kita...? Moga
hati tenang-tenang walau banyak kerja, banyak tugasan di luar, tugasan di
sekolah/kolej dan di depan komputer, banyak duit nak guna dan banyakyang perlu
diselesaikan. Moga Allah mempermudahkan urusan kalian.
Hari ni
zamir nak cerita sikit pasal senyum. =) comel kan? Selama zamir keluar
jalan-jalan tiga hari tu,macam-macam la ragam manusia yang zamir jumpa. Satu
cerita yang zamir nak kongsi pada para pembaca semua. Semalam semasa zamir
tengah lepak-lepak dekat Sunway,ada sorang boy ni. Dia heret sorang adik manis
ni dengan kasar tanpa ada sikit pun berhati perut keluar dari dalam mall. Mula-mula
boy tu marah-marah dekat cik adik manis ni. Zamir ingat mungkin boy tu marah
sebabkan urusan kerja. Sebab dorang dua-dua pakai pakaian yang sama. Belum
sempat gadis tu nak cakap apa-apa boy tu terus lempang gadis tu! Buruk gila
perangai! Zamir nak tegur,baru je langkah kaki nak ke boy tu. Boy tu terus pergi
dari situ. Yang zamir tak sangka,gadis tu masih boleh terus senyum walaupun
zamir tahu dalam hati gadis itu,dia sedang menahan kemarahan dia. Lihatlah,dengan
senyuman sahaja, gadis tadi boleh dapat menahan kemarahan yang dialami. Senyum
itu ciptaan Allah lihatlah betapa besarnya manfaat ciptaan Allah itu.
“15 FAKTA SENYUMAN DARI SUDUT KESIHATAN”
1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
6. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawanpenyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
9. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
No comments:
Post a Comment